SlideShow

.

Billboard

2

Tawaran Pertukaran Pinjaman Kepada Pembiayaan Ujrah - PTPTN

Kelmarin, kad undangan perkahwinan tawaran yang ditunggu2 dah sampai. Mungkin ramai peminjam2 PTPTN yang dah dapat kad ni. Inilah rupenye kad tu;

- depan -

- belakang -

Tertulis di belakang kad ni:

TAWARAN PERTUKARAN PINJAMAN (5% dan 3%) KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH (1%)

Untuk makluman tuan/puan, PTPTN sedang melaksanakan program pertukaran pinjaman (5% dan 3%) kepada pembiayaan Ujrah (1%). Hasil semakan mendapati tuan/puan layak untuk dipertimbangkan pertukaran kepada pembiayaan Ujrah (1%). Bagi melancarkan proses tersebut, tuan/puan dikehendaki untuk mengemaskinikan dengan SEGERA maklumat tambahan di dalam laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my. Permohonan yang telah diproses dan layak ditawarkan pertukaran pembiayaan Ujrah ini akan dimaklumkan melalui emel tuan/puan pada 10hb setiap bulan. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dilakukan dengan menghubungi talian hotline PTPTN di 03-20804455.

* Kelulusan penawaran pertukaran pembiayaan Ujrah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN.

** Tawaran hanya sah sehingga 28 Februari 2011.

.... nanti aku update lagi ....
0

Ketumbit dah surut

Alhamdulillah... Ketumbuhan kat mata kiri aku ni dah semakin surut. Petuanya? Aku tarik2 bulu mata kat tempat ketumbit tu, macam yang aku cakap hari tu la. Pehtu, sapu cream Dettol kat kelopak mata luar. Pedih sikit la.. tapi berbaloi... Baru la bersemangat nak mengadap laptop neh...
7

Aaaaarrgghh!!! Ketumbuhan...

Hadoi la... Kat kelopak mata kiri aku ni tumbuh ketumbit le pulok.. Aku tak bersalah! Aku takde mengintai sape2 pon.. hehehe... Dah la sakit, huduh lak tu...


Radang Punca Ketumbit

KETUMBIT boleh mengganggu keupayaan untuk melihat.

Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.


Mitos

Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan, terutamanya jika ia berlaku pada anak yang berjiwa sensitif kerana ia boleh menyebabkan mereka jauh hati dan rendah diri. Sebaliknya, terangkan keadaan sebenar mengenai masalah yang berlaku pada mata mereka.

Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan yang disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion).

Ketumbit tidak berbahaya, tidak kira saiznya besar atau kecil. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata. Kadang kala, seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya.

Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah:
  • Mata berair
  • Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
  • Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
  • Kelopak mata menjadi merah dan bengkak
  • Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
  • Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
  • Mata menjadi pedih
  • Pesakit berasa tidak selesa dan sakit semasa mengelipkan mata

Kalazion

Biasanya ketumbit mengambil masa tiga hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu. Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

Rawatan utama untuk ketumbit ialah pembedahan kecil atau penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman. Pembedahan juga hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.

Pada peringkat awal, kalazion dapat dirawat dengan meletakkan antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak tiga kali sehari selama seminggu.


Rawatan

Ketumbit juga tidak menyebabkan kebutaan! Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit. Ketumbit boleh menyebabkan sedikit gangguan penglihatan jika ia menjadi terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, di mana ia menyebabkan astigmatisme.

Anak yang sering mendapat ketumbit juga bukannya kurang sihat. Sebenarnya ia cuma jangkitan kuman dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain! Ini kerana ia berlaku disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit. Jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.

Pembedahan kalazion untuk golongan dewasa dan kanak-kanak juga berbeza dan hanya dilakukan jika perlu. Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun, kanak-kanak akan memerlukan bius am (penuh) untuk menjalani pembedahan ini atas sebab-sebab yang jelas.


** Sumber dari Utusan

* Ada jugak petua nak hilangkan ketumbit ni kena gesel 2 batang sudu kemudian, sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang. Ada jugak yang suruh tarik2 bulu mata di tempat ketumbit tu tumbuh.
0

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan Bonus 2

0

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN (2)

image


Jawapan 2 (a)

renjerkabloi / http://nohfee.blogspot.com = http://anisfarhanaaliman.blogspot.com


Jawapan 2 (b)

6


Pada pendapat saya, soalan no 2 ni menguji kecekapan mengira seseorang, iaitu kita menggunakan operasi matematik seperti tambah, tolak dan bahagi. Setiap segmen yang Ben Ashaari jalankan mesti ada kelainan dan perbezaaan.. Takkan ada yang sama.. Itu tandanya Ben Ashaari ni memang la seorang yang genius dan kreatif. Ada saja idea2 bernas yang dikeluarkan oleh beliau. Di samping para blogger boleh blogwalking ke blog-blog orang lain, kita juga boleh menambah kenalan dan mengetahui cerita2 bloggers lain. Di harap Ben Ashaari akan terus mengadakan Segmen2 yang lain, kerana itulah yang membuatkan www.benashaari.com sangat unik daripada blog -blog yang sedia ada. Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya... (ayat skema nak cukupkan 100 words.. keh³)
0

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN




SOALAN 1 ) ... jeng jeng jenggg....

Daripada senarai 500 BLOG yang dikeluarkan tadi ...  Sila beri nama blog yang mendapat no 10 , 100 , 200 , 300 dan 500 .. Dan jangan lupa , nak juga entri terkininya dan linkkan ...

CONTOH : 10 - WWW.BENASHAARI.COM ( siapa pukul kepala aku )
dan seterusnya ......

SOALAN 2 )

Apakah pendapat anda mengenai blog saudara Roy ( http://www.sisiberbeza.com/ )  ..

**********
JAWAPAN 1

300 - LOV3 I$ LO+ OF H@PP!N3SS http://sweetdyba.blogspot.com/ (500 BLOG)


JAWAPAN 2

Pendapat saya mengenai blog saudara Roy ( http://www.sisiberbeza.com/ ) :-
Blog yang simple, tak berselerak, warna yang digunakan tak menyakitkan mata. Mudah untuk diloading. Mantop..walaupun tak habis explore lagi...
4

Bayar PTPTN Melalui Potongan Gaji JUN 2011


Petikan dari Utusan ;

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau kesal dengan tindakan segelintir peminjam terbabit yang liat untuk membayar balik pinjaman.

Sehubungan itu, tegasnya, mulai Jun tahun depan, semua peminjam PTPTN akan diwajibkan membayar balik pinjaman secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak.

"PTPTN akan membentangkan cadangan meminda Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan," katanya.

klik sini untuk baca lebih lanjut.

Agak2 la kan, berapa banyak sangat la gaji yang tinggal untuk siswazah yang berpendapatan SPM? (macam sapa ntah... hehe...) Kalau betul la wajib buat bayaran melalui potongan gaji... parahnye...
15

500 BLOG !

BEN ASHAARI 

500 Blog Bermula!

Serba sedikit mengenai Ejen 010 :

Mula mendaftar secara rasmi dengan Blogger.com pada Mei 2008.. tapi mula aktif pada September 2010 di blog saya satu lagi, Sampul Surat Hari Pertama || FDC. Berasal dari Taiping, Perak. Sekarang bekerja di Ipoh.. sektor awam.. Anak ke-3 dari 4 orang adik beradik. Di Facebook saya menggunakan nama ERIN DANIAL AZIM DANIA.. iaitu nama 4 orang anak saudara saya. Boleh add saya di http://www.facebook.com/2010md. Berumur 28 ++.. huhu..

Tujuan aku menjadi blogger :

  • nak meluahkan apa yang terpendam/terlintas di fikiran
  • berkongsi maklumat/pendapat
  • menambah kenalan
  • menambah pendapatan
0

7 Langkah Bijak Kurangkan Pengambilan Gula

Kurangkan Gula Lebih Sihat

Tahukah anda, dengan mengurangkan pengambilan gula, kita dapat membantu mengurangkan risiko diabetes, obesiti, serangan jantung, strok dan karies gigi. Ikuti 7 langkah bijak kurangkan pengambilan gula ini :
  1. Amalkan minum air kosong berbanding minuman manis seperti air berkabonat, air sirap dan kordial.
  2. Hadkan 1 sudu teh gula/susu pekat manis/krimer manis untuk setiap cawan minuman.
  3. Kurangkan penggunaan gula di dalam masakan.
  4. Elakkan makan snek dan minuman manis antara waktu hidangan utama & sebelum tidur.
  5. Utamakan makan buah.
  6. Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal.
  7. Pilih makanan dan minuman yang dilabel "kurang gula" atau "bebas gula".

FAKTA :
1 sudu teh gula = 5 gram = 20 kilokalori
Pengambilan 10 sudu teh gula membekalkan 200 kkal tenaga. Untuk membakar 200 kkal tenaga, anda perlu :-
  • Berjoging selama 30 minit, ATAU
  • Bersenamrobik selama 45 minit, ATAU
  • Berbasikal selama 1 jam
Apa berlaku bila 10 sudu teh gula diambil sehari secara berterusan?



Mesej ini dibawakan dari :


** aku tumpang sampaikan je...
2

SAYALAH BLOGGER ITU ! Bermula


SOALAN:

1. image sapa punya cebisan gambar ni ? Berikan url serta nama tuan punya blog..
2. Entri hari ini berkaitan dengan novel ... Blogger tersebut berasal dari SARAWAK .. Berikan nama dia serta urlnya ..
3. Blogger ini 'isteri kepada Mohd Hairi Haris' .. berikan nama serta url blognya ..
4.Gambar profile blogger ini diambil di MUZIUM SABAH ..Sapakah blogger ini ? Berikan nama serta urlnya ..
5. image Gambar ini terdapat dalam salah satu entrinya hari ini ... Berikan tajuk entri serta urlnya ..


JAWAPAN:

5. aku mula jatuh hati kepadamu - http://cik-senah.blogspot.com/2010/12/aku-mula-jatuh-hati-kepadamu.html
0

SAYALAH BLOGGER ITU

4

KEPANTASAN MATA BLOGGER



Lagi segmen cantik, menarik, tertarik, kau memang da bomm, Ben Ashaari...

Pemilik serpihan header di bawah adalah seperti berikut:
    1. image LILY ELISA
    2. image Indra Amirrul
    3. image EDDIE YUSTIN
    4. image Ujang9897
    5. image Ben Ashaari


Pendapat aku mengenai segmen ni :-

Giler kentang betul la Ben Ashaari ni.. Kreatif tahap dewa 18. Dengan segmen ni, dia dah tolong upkan trafik 50 blog yang tersenarai. Tambah2 lagi ada sorang blogger dah tukar header dia. Lagi la bertambah2 trafik 50 blog tu, sebab semua nak cek sekali lagi 5 header yang telah di crop BA.
0

Gambar Bas Kemalangan Cameron Highlands - Simpang Pulai

Setelah 2 hari kejadian kemalangan paling teruk/ngeri di jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai, petang tadi masa aku balik kerja, saje je aku lalu depan IPD Ipoh. Nak tengok bas yang eksiden tu. Ni je gambar yang sempat aku snap.



0

Terlebih Cerdik Akhirnya Membawa Padah

Bila kepandaian disalahgunakan, macam ni lah jadinya...


Suami isteri tipu kad Touch n Go Diberkas

SHAH ALAM 21 Dis. - Tindakan licik sepasang suami isteri dan seorang adik lelaki mereka melakukan penipuan kad tambah nilai Touch n Go sejak Jun lalu terbongkar apabila ketiga-tiga mereka diberkas semalam.

Kesemua mereka ditahan di kediaman bapa kepada suspek lelaki di Kampung Sungai Ara, Damansara Utama, dekat sini pukul 10.45 pagi semalam.

Susulan penangkapan itu, polis menyerbu rumah suspek lelaki itu di Bandar Bukit Puchong dan menemui pelbagai peralatan yang digunakan untuk penipuan oleh tiga bersaudara itu.

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Ng Keok Chai berkata, dalam kedua-dua serbuan itu, polis merampas 19 keping kad tambah nilai Touch n Go, satu unit komputer riba, pembaca kad dan dua unit Smart Tag.

Menurutnya, mereka dipercayai menambah nilai kad itu mengunakan kod akses yang diceroboh dengan komputer riba dan kegiatan penipuan itu sudah dikesan oleh syarikat pengendali Touch n Go sejak Jun lalu dan membuat laporan polis.

"Syarikat itu sebenarnya boleh menyekat terus penggunaan kad-kad tersebut tetapi bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut kad tersebut dibiarkan digunakan seperti biasa sebagai umpan.

"Hasil pemerhatian rapi selama enam bulan kami berjaya mengesan kesemua suspek yang berusia antara 28 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes itu dipercayai merupakan kegiatan yang pertama kali dilaporkan di negara ini dan kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan. UTUSAN
4

Nak Test Speed Website/Blog Korang?

Korang pegi je kat iWEBTOOL. Macam2 tool ada. Bawah ni adalah sebahagiannya...

 

Google PageRank Prediction Google PageRank Prediction
Predicts your future Google PageRank.
Multi-Rank Checker Rank Checker
Use this online tool to see the ranking of a specific website.
PageRank Checker PageRank Checker
Check a website's Google PageRank on major Google datacenters instantly.
Reverse IP/Look-up Link Popularity
Find how many links a domain has on the most common search engines.
Backlink Checker Backlink Checker
Find backlinks linking to a website and their URL information.
Rank Checker Search Engine Position
Check your search engine positions on Google Search Engine.
Link Popularity Multi-Rank Checker
Check multiple domains PageRank and Alexa Rating.
Search Engine Position Reverse IP/Look-up
This tool searches for domain names hosted on your IP address.
Website Speed Test Website Speed Test
Find out how fast your website loads.
Ping Test Ping Test
Ping test tool is used to test the presence of an active connection.
11

KENANGANKU SEBAGAI BLOGGER




  1. Tarikh lahir blog : 16.12.2010. Baru 4 hari...baby lagi neh..huhu..
  2. Punca kelahiran blog : Asalnya sebab nak try nuffnang. Tapi lama kelamaan, syok baca blog orang, sampai nak jugak cuba nasib buat blog sendiri dengan ikhlas. Di samping boleh meluahkan apa2 saja yang terlintas di fikiran.. hehehe..
  3. Orang pertama yang jadi follower : Thanx to kak ERIN. Baru ada 2 follower je pon.. keh..keh..keh..
  4. Entri pertama : MISI 1: Buat Blog Baru
  5. Entri pertama yang mendapat banyak komen /hits : Entri ni & ni sama banyak/sikit. 3 komen je. (termasuk komen aku...wakakakkaakaaa...)
  6. Blogger pertama yang saya jumpa : Tak penah jumpa sapa2 pon lagi.
  7. Blog yg saya minat : Kebanyakan yang dalam bloglist aku tu. Terutamanya blog, BA, Blogger Sentral & Kalamhati.
  8. Ceritakan kenangan manis sebagai seorang blogger : Tak berapa banyak lagi pon. Maklum la 'baby blogger'. Dapat tengok macam2 ragam jenis blogger pon kira orait & dah ada sen kat nuffnang. =)
  9. Ceritakan kenanan pahit sebagai seorang blogger : Belum ada lagi.
  10. Impian saya terhadap blog saya : Dapat menghasilkan entri2 yang berkualiti. Tak banyak follower pon takpe. Janji trafik mari... Impian yang ntah akan tercapai ke idak, aku pon tak tau.. Tapi pengalaman akan mendewasakan.. wait and see...
3

Pak Maon

Aku tak pernah jemu tengok cerita P. Ramlee. Lawak yang betul2 lawak, kreatif... Jom layan dua lagu dari filem Nasib Do Re Mi ni....

Aku ada kenangan dengan lagu Saloma ni. Group aku kena perform lagu ni untuk satu program yang aku attend.. Apa lagi, joget sakan la.. Joget Pak Maon.



Dialog jin ni lawak siot.....Jin datang dari Utara, Datuk Hercules.. =)
"Awat hangpa lari teruk sangat aih. Aku tak marah kat hangpa. Aku nak bagi barang hangpa balik. Nanti hangpa main muzik tak sedap jugak. Aku dulu pon orang muzik jugak................ Aku tak marah haih. Aku memang suka. hahahahahaha...."
5

Bukit Merah Laketown Resort

Fuhh.. Penat main air aku minggu ni. Baru lepas balik bermandi-manda di Bukit Merah Laketown Resort. Last aku pegi dulu kalau tak silap 10 tahun lepas kot. Dah banyak perubahan aku tengok.

Nak masuk parking pon jem. Maklum la cuti sekolah.

Boleh tahan jugak harganya. Aku masuk Waterpark = RM27 & naik Chairlift = RM7. Kalau nak tengok harga pakej yang ditawarkan, klik gambar kat atas ni. Tak jadi pergi Pulau Orang Utan, atas sebab2 tertentu.

Dalam Waterpark ni ada 14 attractions. Boomerang, Giant Wet Bubble, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides, Body Slides, Giant Tube Rides, Activity Pool, Lazy River, Perak Mining Company, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar, ‘Mandi Timba’ dan Waterfall Bridge.

Teeettt...dah scan, boleh masuk...



Cabana. Satu jam RM20. Minimum 3 jam.


  Nak masuk Giant Wet Bubble kat atas ni limit 6 orang je. Yang kat bawah bumbung tu semua tengah beratur nak masuk situ. Tak jadi aku masuk.


Syoknye naik kereta kuda.

Lepas ni kita pegi cuti tempat lain pulak ye...
2

Kenapa Aku Berblog?

Kerna:

  1. ISI MASA LAPANG. Aku ni banyak free time.
  2. HILANGKAN KEBOSANAN. Dah banyak free time mula la bosan.. daripada buat benda takde pekdah, baik aku layan blog.. rite?
  3. KONGSI CERITA. Ape2 aje le yang terlintas dalam pale hotak aku ni. Lagi satu, aku ni spiesis yang tak banyak cakap sangat.. jadi penulisan adalah cara terbaik untuk meluahkan segalanya, walaupun Penulisan BM aku masa SPM dulu kurang memberangsangkan..hehehe..
  4. SIDE INCOME. RM... RM... RM... dari Encik Nuffnang dan adiknya Cik ChurpChurp.. walaupun belum pernah cash out lagi.. huhuhu... Gaji yang dok ada ni mana cukup.

Aku start ada akaun Blogger pada Mei 2008. Tapi tak aktif pon. Ada la satu blog bodo2 aku tuh.. Tak jalan dah pon. Lepas tu aku start aktif balik bulan September 2010 kat blog aku yang satu ni. Blog aku yang tu khas aku buat untuk ayah aku. Kalau nak tau, check it out....

Lama-kelamaan..bila aku rajin jelajah blog (istilah yang acapkali digunakan brader Ben Ashaari) orang lain, aku rasa kuat best le pulok. Jadi, tanpa berlengah lagi, aku pon buat la blog yang teramat naif ni. Di harap para bloggers di luar sana boleh beri tunjuk ajar pada aku (macam citer jepun lak..."sila beri tunjuk ajar ye.." dalam bahasa Doraemon). Sekian.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Recent Comments

    Sampul Surat Hari Pertama || FDC

     
    Web Analytics