SlideShow

.

Billboard

0

Gelagat Sin Chan

Rileks Sekejap bersama Chan @ Shin Chan


SOAL JAWAB
Guru: Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan".

EJA
Guru: Sin Chan, macam mana awak eja perkataan BUAYA?
Sin Chan: B-O-O-W-A-Y-A
Guru: Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah tapi cikgu tanya macam mana saya mengejanya. Hah, macam itulah yang saya eja.

FORMULA
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: HIJKLMNO
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin cikgu kata H to O!

ANEH
Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru.
Sin Chan: Ya betul cikgu, memang nampak aneh. Saya pun hairan kerana ada sepasang lagi dengan warna yang sama di rumah.

SIAPA
Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti-henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang guru, Cikgu!

PETA
Guru: Sin Chan, pergi ke peta dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini cikgu (Sin Chan menunjukkan tepat kat peta dunia yang tergantung di hadapan kelas)
Guru: Betul. Kelas sekarang, beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

Sumber: Majalah Mastika

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Sampul Surat Hari Pertama || FDC

 
Web Analytics