SlideShow

.

Billboard

Showing posts with label Info/Tips. Show all posts
Showing posts with label Info/Tips. Show all posts
0

Selamat hari jadi Google yang ke-14

Hari ni birthday  Google yang ke-14. Bukak je  Google , keluar doodle kat bawah ni...


Sekali ada kek coklat daaa... Jom baca sikit pasal sejarah Google...


Google, Inc. merupakan sebuah syarikat awam Amerika Syarikat, yang mendapat untung dari iklan yang berkaitan dengan enjin gelintar Internet, e-mel, pemetaan dalam talian,produktiviti pejabat, rangkaian sosial dan perkhidmatan berkongsi video. Google pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 19,786 orang pekerja sepenuh masa setakat 31 Mac 2009. Eric Schmidt, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Novell, merupakan CEO Google sekarang, semenjak penubuh syarikat ini Larry Page meletak jawatan.

Nama "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol," yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam Bahasa Inggeris dibubuh dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary, bermaksud "menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh maklumat dari Internet."

Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page danSergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California.

Misi Google adalah "untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal". Slogan tidak rasmi syarikat ini, diciptakan oleh mantan pekerja dan jurutera pertama Gmail Paulus Buchheit, adalah "Jangan jahat". Kritik terhadap Google termasuk kebimbangan tentang privasi maklumat peribadi, hak cipta, dan sensor.

Sejarah

Google bermula pada Januari 1996 sebagai projek penyelidikan oleh Larry Page dan Sergey Brin ketika mereka berdua merupakan pelajar PhD di Universiti Stanford di California.

Ketika sistem gelintir biasa mentakrif hasil dengan mengira berapa banyak kali istilah carian muncul pada laman, kedua mereka membuat teori mengenai sistem lebih baik yang menganalisa hubungan antara laman web. Mereka menggelar teknologi baru ini sebagaiPageRank, di mana kepentingan tapak web ditentukan melalui bilangan laman, dan kepentingan halaman tersebut, yang dikait kembali kepada tapak asal.

Satu enjin gelintir kecil dikenali sebagai "RankDex" dari IDD Information Services direka olehRobin Li yang, sejak 1996, telahpun mencuba strategi yang sama bagi menilai tapak dan kedudukan laman. Teknologi dalam RankDex akan dipaten dan kemudiannya digunakan kemudian apabila Li mengasaskan Baidu di China.

Page dan Brin pada asalnya mengelar enjin gelintar baru mereka "BackRub", kerana sistem memeriksa pautan balik bagi menilai kepentingan sesuatu tapak.

Akhirnya, mereka menukar nama kepada Google, berasal dari salah ejaan bagi perkataan "googol", nombor satu diikuti dengan seratus sifar, yang dipilih bagi melambangkan bahawa enjin gelintar ingin memberikan sejumlah besar maklumat bagi penggunannya. Pada asalnya, Google berjalan di laman web Universiti Stanford, dengan domaingoogle.stanford.edu.

Nama domain bagi Google didaftar pada 15 September 1997, dan syarikat didaftar pada 4 September 1998. Ia bertempat di garaj kawan (Susan Wojcicki) di Menlo Park, California. Craig Silverstein, rakan pelajar PhD di Stanford, digaji sebagai pekerja pertama.

Dipercayai bahawa laman dengan pautan lebih banyak daripada laman web yang relevan harus merupakan halaman paling relevan yang dikaitkan dengan pencarian, Page dan Brin menguji tesis mereka sebagai sebahagian daripada pengajian mereka, dan meletakkan fondasi bagi mesin pencari mereka. Asalnya, mesin pencari menggunakan webUniversiti Stanford dengan domain google.stanford.edu. Domain google.com didaftarkan pada 15 September 1997, dan perusahaan ini berdiri dengan nama Google Inc pada tarikh 4 September 1998 pada sebuah garasi rumah di Menlo Park, California. Investasi awal yang diperoleh untuk perusahaan baru ini bernilai hampir $ 1,1 juta, termasuk cek senilai $ 100.000 dari Andy Bechtolsheim, salah seorang pengasas Sun Microsystems. Pada bulan Mac 1999, syarikat ini memindahkan pejabatnya ke Palo Alto, rumah bagi beberapa direkodkan Silicon Valley startups teknologi. Selepas membangun dengan cepat mengatasi dua website lainya, perusahaan ini menyewa sebuah komplek bangunan di Mountain View di 1600 Amphitheatre Parkway dari Silicon Graphics (SGI) pada tahun 2003. Syarikat ini telah tetap di lokasi ini sejak itu, dan komplek ini mulai dikenali sebagai Googleplex (plesetan dari kata Googolplex). Pada tahun 2006, Google membeli properti dari SGI sebesar $ 319 juta.

Mesin pencari Google menarik pelanggan setia di antara peningkatan jumlah pengguna Internet, yang menyukai desain sederhana dan keputusan yang bermanfaat. Pada tahun 2000, Google mulai menjual iklan yang dikaitkan dengan carian kata kunci. Iklan-iklan berasaskan teks untuk menjaga sebuah desain halaman yang teratur dan untuk memaksimumkan kelajuan loading halaman. Kata kunci dijual berdasarkan pada kombinasi tawaran harga dan jumlah klik, dengan penawaran bermula pada 5 sen per klik. Model penjualan iklan kata kunci dirintis oleh Goto . com (kemudian berganti nama menjadi Overture Services, sebelum diambil alih oleh Yahoo! dan diganti merek menjadi Yahoo! Search Marketing). Goto.com adalah seorang Idealab spin off dicipta oleh Bill Gross, dan merupakan syarikat pertama berjaya menyediakan bayar-untuk-penempatan perkhidmatan carian. Overture Services kemudian menuntut Google atas dugaan pelanggaran Overture bayar per-klik dan tawaran paten oleh Google AdWords perkhidmatan. Kasus itu diselesaikan di luar mahkamah, dengan Google bersetuju untuk menerbitkan saham daripada saham biasa ke Yahoo! dalam pertukaran yang terus-lesen. Dengan demikian, sementara banyak dari dot-com pesaingnya gagal di pasaran Internet baru, Google diam-diam naik bertubuh sambil menghasilkan pendapatan.

Nama "Google" berasal dari kesalahan ejaan yang umum dari Perkataan "Googol", yang merujuk pada 10 100, nombor diwakili oleh 1 yang diikuti oleh seratus nol. Setelah menemukan jalannya semakin ke dalam bahasa sehari-hari, kata "google", ditambah ke Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford Dictionary Inggeris pada tahun 2006, yang berarti "menggunakan mesin pencari Google untuk memperoleh maklumat di Internet."

Sebuah paten yang menggambarkan bagian dari mekanisme penilaian Google (PageRank) diberikan pada tarikh 4 September 2001. Paten ini secara rasmi ditugaskan ke Stanford University dan pendaftaran Lawrence Page sebagai sang pencipta.

Google Inc.
JenisAwam (NASDAQGOOG), (LSEGGEA)
DitubuhkanMenlo Park, California (27 September 1998)
Ibu pejabatMountain View, California
Orang utamaEric E. Schmidt, CEO/Pengarah
Sergey Brin, Presiden Teknologi
Larry E. Page, Presiden Keluaran
George Reyes, CFO
IndustriInternet
ProdukLihat senarai keluaran Google
Hasil$7.14 Bilion USD (2006)
Pendapatan bersih$1.47 Bilion USD (2005)
Pekerja9,378 (30 September 2006)[1]
Laman webwww.google.com


Sumber: Wikipedia
0

Kelahiran Bayi Artis - 2011

Jimmy Shanley
Bayi perempuan: Zahrah Shanley - 24 Jun 2011


Siti Sarah & Shuib
Bayi lelaki: Uwais Alqarni - 4 Disember 2011



Aqasha
Bayi lelaki: Alehandra - 6 September 2011


Cat Farish
Bayi lelaki: Qul Iskandar - 15 November 2011



Marion Caunter & SM Nasarudin
Bayi perempuan: Leia Rose - 16 Disember 2011




Sari Yanti
Bayi lelaki: Basit al-Haq



Elyana
Bayi perempuan: Cinta Sumayyah - 27 Ogos 2011


Aziz M. Osman
Bayi perempuan: Puteri Nur Azahra - 31 Ogos 2011


Faizal Ismail
Bayi lelaki: Mohd Khalish Iman - 11 November 2011


Along Cham & Zila AF4
Bayi lelaki: Ahmad Danial - 12 November 2011


Fazley Yaakob
Bayi lelaki: Ahmad Fierudz (Piyush) - 9 September 2011
* nama abg long dia, Ahmad Fariedz (Payish) *
* nama abg ngah dia, Ahmad Fieradz (Piyash) *

2

Perkahwinan Artis Sepanjang 2011

Mari kita tengok artis mana yang berkahwin sepanjang tahun 2011ni...
1) Ayu Raudhah-Zaquan Adha
Ayu Raudhah,26, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di Alor Setar pada 21 Januari tahun ini.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.
2) Sabrina Ali-Syed Amirul Syed Ahmad
Tiada angin tiada ribut, pelakon Sabrina Ali, 31, mengesahkan sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada awal tahun ini.
Bagaimanapun Sabrina yang dikhabarkan bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad berusia 29 tahun itu enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan.
3) Siti Sarah-Shuib (Sepahtu)
Penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepahtu, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, pada 26 Februari lalu.
Pasangan ini menerima kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada 4 Disember lalu.
4) Farish Aziz-Zahrah
Pelakon drama Kau dan Aku, Farish Aziz, 27, yang bernikah dengan isterinya, Zahrah Fowzi, 27, pada 18 Februari lalu di Hotel Shang Ri La Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu, Sabah memulakan alam perkahwinannya tidak seperti pasangan lain apabila terpaksa berpisah buat sementara waktu.
Ini kerana isterinya masih baru berkerja sebagai peguam di sebuah syarikat guaman di Sabah manakala Farish terikat dengan kariernya sebagai pelakon dan pengacara di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Farish dan isteri yang sama-sama berasal dari Kota Kinabalu berkemungkinan akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu atau sebaliknya untuk menghabiskan masa bersama-sama.

5) Noh (Hujan)-Mizz Nina
Selepas bertunang selama lapan bulan, penyanyi dari kumpulan Hujan iaitu Noh atau nama sebenarnya Mohammed Noh Salleh, 26, sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31, pada 1 Julai lalu.
Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, Kuala Lumpur.

6) Tomok-Ayu
Penyanyi yang pernah popular dengan kumpulan Newboyz, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, turut berkongsi tarikh pernikahannya dengan Noh dan Nina apabila sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, pada 1 Julai lalu.
Menurut Tomok, dia gembira selama lapan tahun bercinta, akhirnya dia menjadi suami kepada Rahayu atau nama panggilannya, Ayu, dan berharap agar cinta mereka akan mekar sehingga akhir hayat.
Pasangan ini sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulung.
7) Nabil (Raja Lawak)-Nazirah
Selepas dilanda pelbagai kontroversi termasuk perpisahannya dengan pelakon Irma Hasmie, pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23, pada 30 September lalu.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, di mana Nabil menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000 kepada pengantin perempuan.

8) Zed Zaidi-Natalia Mustafa Kamal
Bermula daripada perkenalan di laman social Facebook, pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Pasangan ini juga sedang menunggu kelahiran anak pertama selepas isteri Zed disahkan hamil.

9) Fazren Rafi-Syarifah Marlina
Melangsungkan pernikahan pada 1 Mei di kediaman isterinya di Perak, pelakon Spa Q, Mohd Fazren Rafi atau Fazren begitu teruja mengimamkan isteri, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hasan selepas bernikah.

10) Faezah Elai-Heykal Hanafiah
Pelakon Faezah Elai, 29 ,sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38, yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang, pada 9 September lalu.
Pasangan ini berharap pernikahan tersebut menutup segala kontroversi tentang hubungan mereka.

11) Fedtri Yahya-Nurul Anati Ismail
Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, bernikah dengan Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.
Bagaimanapun Fedtri dan isteri dikejutkan dengan berita sedih apabila isterinya mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.

12) Eira Syazira-Azad Jasmin
Pelakon Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya pada 16 September lalu. 13) Nurul Syuhada-Raja Amir Raja Azwa
Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pada 16 Julai lalu.

14) Ana Dahlia-Chef Riz
Pelakon Ana Dahlia, 28, sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak pada 11 Disember lalu.
15) Memey Suhaiza-Norman Hakim
Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada 24 September lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Sebelum berkahwin, pasangan ini dilanda dengan pelbagai kontroversi termasuk Memey dikatakan merampas Norman daripada bekas isteri Norman, pelakon Abby Abadi dan kes khalwat mereka.
16) Dira Abu Zahar-Helmi Yusof
Pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, pada 11 November lalu.
17) Zahiril Adzim-Shera Aiyob
Pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak pada 20 November lalu.

18) Ashraf Muslim-Noor Dayana
Pelakon Ashraf Muslim, 30, bernikah dengan Noor Dayana, 24, pada 30 Ogos lalu di Mekah.
19) Nurul (AF2)- Mohd Munzil Muhamad
Pernikahan Nurul (AF2) menjadi kontroversi apabila dia dan suami, Mohd Munzil Muhamad bernikah di Thailand pada 23 April lalu.
Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah membelakangi keluarga sehingga mengambil keputusan bernikah di Narathiwat.

*Antara yang terawal tahun 2012 pulak, Yusry & Lisa Surihani pada 23 Februari. Sama-sama kita nantikan...
0

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga 2012

Video pengenalan duit syiling Malaysia siri ketiga baru dari Bank Negara Malaysia:-






Keunikan Malaysia 
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Spesifikasi Teknikal

Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72
Bentuk
Bulat berlekuk 9
Bulat
Bulat
Bulat
Sisi
Kosong
Kasar
Halus
Kosong
Warna
Kuning
Kuning
Putih
Putih




Duit syiling siri baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.

Duit-duit syiling siri baharu ini mempunyai saiz, sisi tepi dan warna yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan. Ciri-ciri yang telah dipertingkatkan adalah seperti yang berikut:

Denominasi
Ikon
Sisi
Warna
50 sen
Sulur Kacang
Sisi kosong dengan 9 lekuk
Kuning
20 sen
Bunga Melur
Sisi kesat
Kuning
10 sen
Motif Orang Asli
Sisi bergerigi
Perak
5 sen
Destar Siga
Sisi kosong
Perak

Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. Spesifikasi teknikal untuk duit syiling baharu dan sedia ada adalah seperti yang berikut:

Perbezaan Spesifikasi Teknikal:


a. Duit Syiling Siri Baharu
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis Pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72

b. Duit-Duit Syiling Sedia Ada
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Kuprum Nikel 75/25
Kuprum Nikel 75/25
Kuprum Nikel 75/25
Kuprum Nikel 75/25
Garis Pusat (mm)
27.76
23.59
19.40
16.25
Berat (gram)
9.33
5.66
2.82
1.41


Duit Syiling 50 Sen - Sulur Kacang




Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan
Imej pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.


Duit Syiling 20 Sen - Bunga Melur




Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

Duit Syiling 10 Sen - Motif Orang Asli




Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Duit Syiling 5 Sen - Destar Siga




Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Duit syiling siri baharu akan berada dalam edaran pada awal tahun 2012.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Sampul Surat Hari Pertama || FDC

 
Web Analytics