SlideShow

.

Billboard

0

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga 2012

Video pengenalan duit syiling Malaysia siri ketiga baru dari Bank Negara Malaysia:-






Keunikan Malaysia 
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Spesifikasi Teknikal

Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72
Bentuk
Bulat berlekuk 9
Bulat
Bulat
Bulat
Sisi
Kosong
Kasar
Halus
Kosong
Warna
Kuning
Kuning
Putih
Putih




Duit syiling siri baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.

Duit-duit syiling siri baharu ini mempunyai saiz, sisi tepi dan warna yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan. Ciri-ciri yang telah dipertingkatkan adalah seperti yang berikut:

Denominasi
Ikon
Sisi
Warna
50 sen
Sulur Kacang
Sisi kosong dengan 9 lekuk
Kuning
20 sen
Bunga Melur
Sisi kesat
Kuning
10 sen
Motif Orang Asli
Sisi bergerigi
Perak
5 sen
Destar Siga
Sisi kosong
Perak

Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. Spesifikasi teknikal untuk duit syiling baharu dan sedia ada adalah seperti yang berikut:

Perbezaan Spesifikasi Teknikal:


a. Duit Syiling Siri Baharu
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis Pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72

b. Duit-Duit Syiling Sedia Ada
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Kuprum Nikel 75/25
Kuprum Nikel 75/25
Kuprum Nikel 75/25
Kuprum Nikel 75/25
Garis Pusat (mm)
27.76
23.59
19.40
16.25
Berat (gram)
9.33
5.66
2.82
1.41


Duit Syiling 50 Sen - Sulur Kacang




Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan
Imej pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.


Duit Syiling 20 Sen - Bunga Melur




Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

Duit Syiling 10 Sen - Motif Orang Asli




Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Duit Syiling 5 Sen - Destar Siga




Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Duit syiling siri baharu akan berada dalam edaran pada awal tahun 2012.
Sumber: Bank Negara Malaysia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Sampul Surat Hari Pertama || FDC

 
Web Analytics