Keunikan Malaysia
Wang Kertas Malaysia Siri Baharu
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.
Ciri-ciri Braille juga terdapat dalam wang kertas siri keempat ini untuk memudahkan golongan yang kurang upaya penglihatan.
Ciri-ciri Braille juga terdapat dalam wang kertas siri keempat ini untuk memudahkan golongan yang kurang upaya penglihatan.
Denominasi | Substrat | Ukuran | Warna |
RM100 | Kertas | 150mm X 69mm | Ungu |
RM50 | Kertas | 145mm X 69mm | Hijau-biru |
RM20 | Kertas | 145mm X 65mm | Jingga |
RM10 | Kertas | 140mm X 65mm | Merah |
RM5 | Polimer | 135mm X 65mm | Hijau |
RM1 | Polimer | 120mm X 65mm | Biru |
Reka Bentuk Wang Kertas
- Bahagian Hadapan Wang Kertas
Semua denominasi wang kertas siri baharu ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga rayaRosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan), nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas dan corak tenunan tradisional iaitu songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia. Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka.
- Bahagian Belakang Wang Kertas
Bahagian belakang setiap wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi, yang khusus bagi Malaysia. Wang kertas baharu ini juga mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket pada bahagian belakang wang kertas.
- Motif untuk setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Denominasi | Ikon |
RM100 | Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api |
RM50 | Kelapa Sawit dan Bioteknologi |
RM20 | Penyu Karah dan Penyu Belimbing |
RM10 | Rafflesia |
RM5 | Burung Enggang Badak |
RM1 | Wau Bulan |
Wang kertas baharu siri keempat ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan wang kertas siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, entiti perniagaan dan vendor yang mengendalikan mesin wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar kepada mata wang siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan wang kertas siri baharu ini mudah digunakan.
Wang kertas RM100 - Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.
Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.Wang kertas RM50 - Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Wang kertas RM20 - Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.
Wang kertas RM10 - Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang polimer RM5 - Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.
Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.
Wang polimer RM1 - Sukan Tradisional
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.
Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.
Wang Kertas Peringatan
Wang kertas peringatan siri keempat ini boleh dibeli dalam jenis dan pada harga seperti yang berikut:
Jenis/Denominasi | Kuantiti | Harga satu set |
Set Penuh (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100) | 50,000 | RM300 |
Set dalam 1 (RM20) | 500,000 | RM30 |
Set dalam 2 (RM1 dan RM5) | 500,000 | RM15 |
Orang ramai boleh membeli wang kertas peringatan ini bermula Khamis, 22 Disember 2011.
Wang kertas siri keempat ini akan mula berada dalam edaran pada suku kedua tahun 2012.
Sumber: Bank Negara Malaysia
p/s: Kalau korang perasan, belakang RM100 yang baru ni macam duit RM1 sekarang kan? Cuma duit kertas RM1 yang sekarang ni belakangnya gambar Wau Bulan & Gunung Kinabalu. Untuk wang kertas keluaran baru, 2 gambar ni dah dipecahkan:- Gunung Kinabalu = RM100 & Wau Bulan = RM1. Jadi, hati-hati nanti ye...jangan tersalah bagi duit.


















4 comments:
mcm jutaria..huhu.. follow yep.. =)
mcm saidina pon ye jugak kan...tapi suke..kalerful...ceria..
nice info!
sharing is caring ;)
Post a Comment