SlideShow

.

Billboard

2

Duda Siti Nordiana, Faizal Yusof Meninggal Dunia


Pelakon Faizal Yusof, 32 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung kira2 pada pukul 1.45 tengah hari tadi, 1.1.11 di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak. Faizal dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul kira2 jam 9 pagi sebelum di bawa ke hospital. 

Aku minat gak lakonan arwah, sebab sekarang ni aku tengah layan cerita TIRAMISU di TV3. Arwah memegang watak sebagai abang ipar Melur (Sharifah Amani) yang kaki nombor dan suka pinjam duit dari ah long. Lagi satu aku suka lakonan arwah dalam cerita WAK masa tayang kat TV2 dalam 2-3 bulan sudah. Dulu arwah berlakon cerita serius je, sekarang ni je aku nampak banyak cerita lawak.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

2 comments:

keunggulan wanita

ajal dan maut hanya allah s.w.t. yang tahu, semoga allah mencucuri rahmat kepada rohnya.

Ejen 010

betul tu kak..takziah kpd keluarganya terutama pada isteri arwah..semoga tabah & redha dgn pemergian Allahyarham Faizal Yusof

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Sampul Surat Hari Pertama || FDC

 
Web Analytics