SlideShow

.

Billboard

3

Tekanan Darah Naik

Tadi officemate aku ada bawak alat untuk periksa tekanan darah. Aku try la & hasilnya, 143/92 mmHg (millimeters of mercury)... Fuhhh tinggi tuhh... Mungkin aku nervous kot.. Tekanan darah normal ialah 120/80 mmHg.

Tekanan darah ada dua ukuran:-
Bacaan atas (120) ialah tekanan semasa jantung mengepam (Sistolik)
Bacaan bawah (80) ialah tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. (Diastolik)






.
Tekanan darah tinggi (hipertensi) biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Kita mungkin merasa diri kita sihat padahal tidak. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada kita menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah kita secara berkala. Tekanan darah kita tinggi boleh menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, angin ahmar, kegagalan jantung atau kerosakan buah pinggang.


Tekanan darah rendah (hipotensi) pula adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup. Tekanan darah kita yang sememangnya berbeza perlukan perhatian kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah. Selalunya orang yang sering dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlit dan pengamal diet. Tanda-tanda awal pesakit darah rendah ialah seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap, pernafasan cepat dan pendek, depresi serta cepat haus.

Untuk mengekalkan darah yang normal, aku kena amalkan cara hidup sihat:
  • Kurangkan berat badan - aku tak la gemuk.. tapi banyak lemak2 tersembunyi
  • Makan secara sihat - kurangkan garam dalam makanan & daging
  • Sentiasa aktif - mulakan senaman secara tetap
  • Belajar menangani tekanan

 Takutnya bila umur semakin meningkat, penyakit pun macam2 datang. Esok nak pergi jogging la. huhuhu...


*Tekanan darah boleh diperiksa dengan menggunakan alat "BP set" atau sfigmomanometer.

3 comments:

Wan Gerrard

bagus2 info ni..kena sentiasa peka dengan tahap kesihatan kita ^_^
Gerrard normal 110/90 =P

CERITA LEBAT

agak2 tekanan darah gua berapa?gua darah jenis pahlawan.

Ejen 010

wan gerrard: alhamdulillah..keep it up, kekalkan kesihatan..

cerita lebat: ingatkan darah jenis 'O'.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Sampul Surat Hari Pertama || FDC

 
Web Analytics