SlideShow

.

Billboard

5

Kerang Busuk

Kerang Busuk adalah salah satu simpulan bahasa Melayu yang membawa maksud, tersengih-sengih atau tertawa dengan tidak menentu mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua.


Kenapa dengan tak pasal2nya aku cerita pasal kerang busuk ni?? Sebab... lepas lunch hour tadi aku telah bertukaarr menjadi kerang busuk... ngeh3. Al-kisahnya tadi aku pergi la ke satu tempat dengan niat nak update Favorite Books aku, rujuk sini untuk tengok buku apa. Orang beratur punya la panjang. Dah la 1 kaunter je yang bukak untuk transaksi ni. Takpe... ku gagahi jua menunggu giliran.

Disebabkan kesabaran aku tu, urusan aku telah dipercepatkan. Sebab, bila kaunter kedua dibukak je, aku dengan pantasnya meluru ke situ. Lalu aku serahkan la favorite books aku kat mamat kaunter tu. Treett.... treeetttt.. mesin tu print kat buku aku. Dah settle, buku tu diserahkan kembali pada aku. Sambil tu sempat jugak mamat kaunter tu jeling2 kat buku aku.. lepas tu dia senyum. Dapat je buku tu kat tangan aku, dengan secara automatiknya senyuman aku meleret sampai ke telinga... heheheheee... ada la macam gambar kat atas tu. Gambar smiley ye, bukan gambar kerang. Rupanya nombor yang tercatat pada buku aku tu melebihi daripada apa yang aku sangkakan. Setelah itu, aku pun pulang ke tempat kerja aku dengan menjadi kerang busuk... sampai terlupa nak tutup lampu kereta aku sebab on the way balik office hujan lebat. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Sampul Surat Hari Pertama || FDC

 
Web Analytics