SlideShow

.

Billboard

0

Indeks Jisim Badan (BMI)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan Indeks Jisim Badan (BMI - Body Mass Index) sebanyak 22 sebagai berat badan ideal (tetapi 23 juga diterima). Ia bukan saja boleh menjadi pengukur kepada keseimbangan berat badan, sebaliknya menjadi penanda aras bagi kekerapan untuk tekanan darah tinggi.

Ini kerana kajian menunjukkan hampir 50 peratus individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi mempunyai BMI melebihi 30. Ada juga individu yang hanya gemar menimbang berat badan tetapi adakah ia tepat kerana selalu berubah andai ditimbang pada waktu berbeza?


Realitinya penurunan timbangan berat badan yang tidak memudaratkan fungsi tubuh ialah dua hingga empat kilogram setiap bulan saja, Antara panduan yang diberikan untuk menimbang berat badan ialah menimbang menggunakan penimbang yang sama selain kiraan diambil pada waktu sama setiap kali yang mana paling baik ialah seminggu sekali saja.

Sungguh pun begitu, walaupun kiraan timbangan paling asas dijadikan panduan, nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR - Waist Hip Ratio) adalah paling tepat menentukan bentuk tubuh paling ideal. Panduan berikut boleh digunakan sama ada lelaki atau wanita, untuk mengetahui di mana tahap anda.

 
 Jadual BMI

Indeks Jisim Badan - BMI
1) Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan (kilogram) dengan ketinggian (meter) ganda dua atau

Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
@
KG / (M x M) = BMI

2) Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang ideal mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah:

23 (indeks BMI ideal) x tinggi (meter) x tinggi (meter)
@
BMI x M x M = KG


Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka :
Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.
Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.

3) Mengukur ukur lilit pinggang.
Ukur lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 80 sentimeter (32 inci) dan lelaki pula antara 88 hingga 94 sentimeter (36 hingga 40 inci).

Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Sampul Surat Hari Pertama || FDC

 
Web Analytics