Tahukah anda, dengan mengurangkan pengambilan gula, kita dapat membantu mengurangkan risiko diabetes, obesiti, serangan jantung, strok dan karies gigi. Ikuti 7 langkah bijak kurangkan pengambilan gula ini :
- Amalkan minum air kosong berbanding minuman manis seperti air berkabonat, air sirap dan kordial.
- Hadkan 1 sudu teh gula/susu pekat manis/krimer manis untuk setiap cawan minuman.
- Kurangkan penggunaan gula di dalam masakan.
- Elakkan makan snek dan minuman manis antara waktu hidangan utama & sebelum tidur.
- Utamakan makan buah.
- Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal.
- Pilih makanan dan minuman yang dilabel "kurang gula" atau "bebas gula".
FAKTA :
1 sudu teh gula = 5 gram = 20 kilokalori
Pengambilan 10 sudu teh gula membekalkan 200 kkal tenaga. Untuk membakar 200 kkal tenaga, anda perlu :-
- Berjoging selama 30 minit, ATAU
- Bersenamrobik selama 45 minit, ATAU
- Berbasikal selama 1 jam
![]() | ![]() | ![]() |
** aku tumpang sampaikan je...









0 comments:
Post a Comment