SlideShow

.

Billboard

0

Terlebih Cerdik Akhirnya Membawa Padah

Bila kepandaian disalahgunakan, macam ni lah jadinya...


Suami isteri tipu kad Touch n Go Diberkas

SHAH ALAM 21 Dis. - Tindakan licik sepasang suami isteri dan seorang adik lelaki mereka melakukan penipuan kad tambah nilai Touch n Go sejak Jun lalu terbongkar apabila ketiga-tiga mereka diberkas semalam.

Kesemua mereka ditahan di kediaman bapa kepada suspek lelaki di Kampung Sungai Ara, Damansara Utama, dekat sini pukul 10.45 pagi semalam.

Susulan penangkapan itu, polis menyerbu rumah suspek lelaki itu di Bandar Bukit Puchong dan menemui pelbagai peralatan yang digunakan untuk penipuan oleh tiga bersaudara itu.

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Ng Keok Chai berkata, dalam kedua-dua serbuan itu, polis merampas 19 keping kad tambah nilai Touch n Go, satu unit komputer riba, pembaca kad dan dua unit Smart Tag.

Menurutnya, mereka dipercayai menambah nilai kad itu mengunakan kod akses yang diceroboh dengan komputer riba dan kegiatan penipuan itu sudah dikesan oleh syarikat pengendali Touch n Go sejak Jun lalu dan membuat laporan polis.

"Syarikat itu sebenarnya boleh menyekat terus penggunaan kad-kad tersebut tetapi bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut kad tersebut dibiarkan digunakan seperti biasa sebagai umpan.

"Hasil pemerhatian rapi selama enam bulan kami berjaya mengesan kesemua suspek yang berusia antara 28 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes itu dipercayai merupakan kegiatan yang pertama kali dilaporkan di negara ini dan kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan. UTUSAN

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Sampul Surat Hari Pertama || FDC

 
Web Analytics