SlideShow

.

Billboard

7

Aaaaarrgghh!!! Ketumbuhan...

Hadoi la... Kat kelopak mata kiri aku ni tumbuh ketumbit le pulok.. Aku tak bersalah! Aku takde mengintai sape2 pon.. hehehe... Dah la sakit, huduh lak tu...


Radang Punca Ketumbit

KETUMBIT boleh mengganggu keupayaan untuk melihat.

Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.


Mitos

Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan, terutamanya jika ia berlaku pada anak yang berjiwa sensitif kerana ia boleh menyebabkan mereka jauh hati dan rendah diri. Sebaliknya, terangkan keadaan sebenar mengenai masalah yang berlaku pada mata mereka.

Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan yang disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion).

Ketumbit tidak berbahaya, tidak kira saiznya besar atau kecil. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata. Kadang kala, seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya.

Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah:
  • Mata berair
  • Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
  • Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
  • Kelopak mata menjadi merah dan bengkak
  • Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
  • Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
  • Mata menjadi pedih
  • Pesakit berasa tidak selesa dan sakit semasa mengelipkan mata

Kalazion

Biasanya ketumbit mengambil masa tiga hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu. Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

Rawatan utama untuk ketumbit ialah pembedahan kecil atau penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman. Pembedahan juga hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.

Pada peringkat awal, kalazion dapat dirawat dengan meletakkan antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak tiga kali sehari selama seminggu.


Rawatan

Ketumbit juga tidak menyebabkan kebutaan! Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit. Ketumbit boleh menyebabkan sedikit gangguan penglihatan jika ia menjadi terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, di mana ia menyebabkan astigmatisme.

Anak yang sering mendapat ketumbit juga bukannya kurang sihat. Sebenarnya ia cuma jangkitan kuman dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain! Ini kerana ia berlaku disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit. Jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.

Pembedahan kalazion untuk golongan dewasa dan kanak-kanak juga berbeza dan hanya dilakukan jika perlu. Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun, kanak-kanak akan memerlukan bius am (penuh) untuk menjalani pembedahan ini atas sebab-sebab yang jelas.


** Sumber dari Utusan

* Ada jugak petua nak hilangkan ketumbit ni kena gesel 2 batang sudu kemudian, sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang. Ada jugak yang suruh tarik2 bulu mata di tempat ketumbit tu tumbuh.

7 comments:

deqdeq

sama la kita...DeQdEq pun rasanya naik ketumbit skrg nih...smlm teruk sgt rasanya sakit..sampai lemah satu badan...hari ni dah kurang skt...jadi bolehla mengadap laptop...

FarhaNezam

aku belum pernah kena lg ketumbit neh.. info yg sgt membantu yaa..

ps: im following u now. peace .

Ejen 010

@deqdeq ketumbit gara² join mencari harta karun 500 blog..ekekeke..

@FarhaNezam , sharing is caring
p/s: i folo u back =)

deqdeq

hehhehe...DeQdEq tak join pun 500 MHK tu...sbb dah mata nih skt sangat2..berair jer...jadi x leh nak mengadap laptop

♥ adlin roshaida ♥

nice info lah dear :)

Mr. Swift

Hye singgah sini dan polo anda!
Nanti free jemput lah ke blog saya pula.
Btw entri ni macam best je. :p

Tutorial Lengkap Cara Membuat Duit Dengan Nuffnang Dari A Sampai Z Fuhhyohh

Ejen 010

adlin, swift...tenkiuu =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Sampul Surat Hari Pertama || FDC

 
Web Analytics